Wednesday, May 5, 2010

Pasukan Debat MRSM Alor Gajah Ke UIA!

Tahun ini merupakan tahun kedua MRSM Alor Gajah menghantar pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Walaupun masih setahun jagung, pasukan debat BM berjaya menduduki tempat ke 32 daripada 62 buah sekolah terpilih seluruh Malaysia yang bertanding. Begitu juga dengan pasukan debat BI yang mendapat tempat ke 33 . Kejohanan tersebut bermula pada 16 April 2010 dan berakhir pada 22 Julai 2010. Semoga di masa akan datang MRSM Alor Gajah akan lebih sukses lagi!










Pendebat BI yang sering mendapat pendebat terbaik, Muhammad Azly Haziq bin Sazali dan juga merupakan pelajar cemerlang MRSM Alor Gajah


Debat BI sedang berlangsung




Pasukan Debat MRSM ALor Gajah bersama guru pengiring, Puan Normahyatur Mas bt Mohd Abas



KEJOHANAN OLAHRAGA ZON SELATAN MRSM SEMALAYSIA

Pada 8 - 11 April 2010 yang lps, MRSM Alor Gajah telah mendapat penghargaan untuk menjadi hos kepada Kejohanan Olahraga MRSM Zon Selatan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTEM bertempat di Durian Tunggal, Melaka. Selain MRSM Alor Gajah, MRSM lain yang terlibat dengan kejohanan ini adalah seperti MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Muar, MRSM Pontian, MRSM Muadzam Shah, MRSM Gemencheh, MRSM Kuching, MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghafar Baba.




wajah kegembiraan para pemenang



para peserta sedang menanti untuk menunjukkan kehebatan berlari


peserta dari MRSM Alor Gajah



peserta bersungguh - sungguh berlari
krew teknikal MRSM Alor Gajah

Kejohanan yang berlangsung dalam cuaca yang tidak menentu itu berjalan dengan lancar atas kerjasama semua krew teknikal dari kalangan guru, staf dan juga pelajar MRSM Alor Gajah sendiri. Penonton kejohanan bagaikan terpukau dengan aksi yang ditonjolkan peserta setiap MRSM terutamanya MRSM dari negeri Johor yang menguasai hampir kesemua acara balapan sepanjang 4 hari tersebut. Akhirnya MRSM Batu Pahat muncul juara untuk kategori menengah atas dan MRSM Gemencheh muncul juara kategori menengah rendah! MRSM Alor Gajah? Bukannya kami tidak berbakat dalam bidang olahraga, mungkin rezeki tidak berpihak kepada kami tahun 2010. Namun kami mengharapkan tahun 2010 ini akan membawa lebih kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang julung - julung kali akan diduduki pelajar serta peperiksaan SPM yang akan diduduki buat kali ke tiga. Bagaimanapun, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang Kejohanan Olahraga MRSM Zon Selatan. Kami memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang kejohanan berlangsung.