Wednesday, May 5, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON SELATAN MRSM SEMALAYSIA

Pada 8 - 11 April 2010 yang lps, MRSM Alor Gajah telah mendapat penghargaan untuk menjadi hos kepada Kejohanan Olahraga MRSM Zon Selatan yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTEM bertempat di Durian Tunggal, Melaka. Selain MRSM Alor Gajah, MRSM lain yang terlibat dengan kejohanan ini adalah seperti MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Muar, MRSM Pontian, MRSM Muadzam Shah, MRSM Gemencheh, MRSM Kuching, MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghafar Baba.




wajah kegembiraan para pemenang



para peserta sedang menanti untuk menunjukkan kehebatan berlari


peserta dari MRSM Alor Gajah



peserta bersungguh - sungguh berlari
krew teknikal MRSM Alor Gajah

Kejohanan yang berlangsung dalam cuaca yang tidak menentu itu berjalan dengan lancar atas kerjasama semua krew teknikal dari kalangan guru, staf dan juga pelajar MRSM Alor Gajah sendiri. Penonton kejohanan bagaikan terpukau dengan aksi yang ditonjolkan peserta setiap MRSM terutamanya MRSM dari negeri Johor yang menguasai hampir kesemua acara balapan sepanjang 4 hari tersebut. Akhirnya MRSM Batu Pahat muncul juara untuk kategori menengah atas dan MRSM Gemencheh muncul juara kategori menengah rendah! MRSM Alor Gajah? Bukannya kami tidak berbakat dalam bidang olahraga, mungkin rezeki tidak berpihak kepada kami tahun 2010. Namun kami mengharapkan tahun 2010 ini akan membawa lebih kecemerlangan dalam peperiksaan PMR yang julung - julung kali akan diduduki pelajar serta peperiksaan SPM yang akan diduduki buat kali ke tiga. Bagaimanapun, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang Kejohanan Olahraga MRSM Zon Selatan. Kami memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang kejohanan berlangsung.






















































No comments:

Post a Comment